KUALA LUMPUR: Datuk Zainal Abidin hanya berusia 30 tahun ketika beliau merakamkan lagu Hijau di studio rakaman Scat milik pemuzik Michael Veerapan pada 1990.
Setahun selepas itu, Hijau yang diterbitkan oleh Roslan Aziz yang pada era itu merupakan seorang karyawan disegani peminat muzik tempatan dipasarkan.
Memori ketika dalam studio merakam lagu ciptaan komposer Mukhlis Nor itu masih jelas melekat di kotak fikiran Zainal.
Hijau juga terhasil dengan kolaborasi idea pemain drum terkenal tanah air, Zahid Ahmad yang turut terlibat sama dalam penerbitan album berkenaan.
Seperti mana disebut Zahid dalam wawancara dengan portal Musicaddicts, album Hijau mengambil masa selama dua tahun untuk disiapkan kerana falsafah penerbitannya adalah untuk memberikan selera muzik yang merentas batas usia, latar sosial masyarakat dan bangsa.
Justeru, tidak hairanlah apabila Hijau berjaya menghimpunkan peminat dan pembeli yang merangkumi rakyat Malaysia baik dari bandar dan luar bandar, orang kaya dan sederhana serta pendengar bukan Melayu.
Lalu, apabila mengenang semula kemasyhuran Hijau, Zainal yang kini berusia 61 tahun menyatakan rasa bertuah kerana meramkan karya hebat yang telah merentasi tiga dekad kembara seni.
Hijau adalah mengenai hasrat dan keinginan Roslan Aziz, Zahid dan Zainal membawa revolusi baharu dalam muzik tempatan.
Melodi dan susunan muzik Hijau disifatkan Zainal sangat segar dan bukanlah mengikut selera peminat pada era berkenaan.
Apa lagi, melodinya dihasilkan oleh Mukhlis yang ketika itu menyambung pengajian di Amerika Syarikat yang terdedah pada jalur muzik yang lebih luas.
Hijau, kata Zainal, dikategorikan dalam genre world music yang masih baharu dalam direktori muzik Melayu.
Bukan sahaja pada genre yang terlalu asing, bahkan Hijau juga melawan arus selera peminat muzik apabila memilih tema alam sekitar dalam liriknya.
“Siapa pernah fikir buat lagu liriknya pasal alam sekitar? Sebab itu, Hijau merupakan antara ídea gila’ Roslan. Datang pula Mukhlis yang bagi idea fresh menjadikan lagu itu sesuatu yang sangat berbeza. Zahid juga banyak memberi input pada lagu dan album ini.
"Disebabkan kelainan itu barangkali menyebabkan peminat ambil masa untuk hadam dan menerimanya,” Zainal bercerita mengenai nilai seni di sebalik karya Hijau ciptaan Mukhlis kepada Astro AWANI.
Kerana meletakkan sepenuhnya kecintaan pada kerja-kerja penerbitan Hijau, maka rakaman album itu, kata Zainal, sangat straight forward.
Ini kerana, beliau bersama Roslan dan Zahid melakukan banyak latihan nyanyian serta eksperimen terhadap lirik lagu Hijau sebelum secara konsesus mencapai keputusan untuk merakamkannya dalam versi yang sudah berusia 30 tahun itu.
Sebetulnya, pemilihan alam sekitar sebagai tema lirik Hijau tercetus selepas Zainal kecewa melihat pembangunan pesat di bandaraya Kuala Lumpur yang boleh memusnahkan kelestarian persekitaran.
Sebagai anak jati Johor yang pernah membesar dalam persekitaran hijau dan mendamaikan, Zainal sangat tertekan melihat kota yang penuh dengan hutan batu.
“Saya cerita pada Roslan dan Mukhlis mengenai pentingnya mesej terhadap kemusnahan alam sekitar dipanjangkan menerusi muzik. Persetujuan dicapai yang akhirnya melahirkan Hijau.
“Ketika itu, saya terkejut melihat Sungai Kelang dan Sungai Gombak yang kotor membuatkan saya terfikir apa akan jadi pada generasi akan datang sekiranya alam sekitar tidak dijaga, bagaimana dapat kita hirup udara yang segar, apa akan jadi pada kehijauan? Kebimbangan itu yang mencetus idea Hijau,” jelas Zainal lagi.
Selepas tiga dekad usia Hijau, Zainal tidak pernah terfikir lagu dan album berkenaan terus relevan dalam konteks kehidupan hari ini selain menjadi rujukan dalam direktori muzik sebagai karya malar segar.
Ini kerana, ujarnya, naskhah berkenaan harus melalui ujian dan cabaran yang besar sebelum berada di kedudukan mega.
Bahkan, tegas vokalis utama kumpulan Headwind itu, nasib lagu Hijau waktu itu saling tidak ubah seperti melukut di tepi gantang kerana terpaksa bersaing dengan genre rock ballad serta pop Melayu yang lebih banyak menguasai pasaran muzik ketika itu.
Tegas Zainal, semasa Hijau dipasarkan, fenomena Search dengan lagu berhantu mereka, Isabella menawan seluruh peminat muzik tanah air dan Indonesia.
Demikian juga dengan kemasyhuran Ramlah Ram menerusi lagu siri lagu ‘berhantu’ ciptaan komposer hebat, Datuk Ahmad Nawab seperti Kau Kunci Cintaku Dalam Hatimu dan Cintaku Hanyut Di Lautan Sepi pula menjadi pilihan majoriti pendengar lagu-lagu Melayu.
Itu belum diambil kira kehadiran banyak kumpulan rock yang juga menempa populariti hebat seiring dengan perjalanan karier Zainal dan Datuk Sheila Majid yang ketika itu menaungi rumah syarikat pengurusan, Roslan Aziz Production (RAP).
“Tidak ramai yang sedar bukan mudah untuk Hijau mendapat tempat dan menawan hati peminat. Selepas lapan bulan album Hijau diedarkan, barulah momentum lagu itu melonjak. Sebelum itu, tidak ramai yang menyedari kehadiran Hijau,” cerita Zainal lagi.
Selepas lapan bulan, rezeki benar-benar berpihak pada lagu Hijau dan Zainal pula dihujani undangan nyanyian yang tidak menang tangan.
Hijau, tidak dinafi oleh Zainal, kejayaannya juga adalah bertitik tolak pada pakej keseluruhan yang direncana oleh Roslan merangkumi kerja keras seluruh pemuzik, komposer dan penulis lirik selain karakter beliau sendiri.
“Pakej ini yang sentiasa diberi penekanan oleh Roslan dan RAP ketika itu. Pembaharuan dan kesegaran adalah elemen yang sangat penting dalam penghasilan sesebuah karya. Saya bersyukur dan berterima kasih kepada semua yang menyokong Hijau selama 30 tahun. Semoga karya ini terus segar dan akan kekal 30 tahun lagi,” ujar Zainal.
Saharudin Musthafa
Thu Jun 17 2021
Datuk Zainal Abidin yang kini berusia 61 tahun gembira dan terharu kerana lagu Hijau yang dirakamkan tiga dekad lalu masih diterima oleh peminat muzik generasi baharu.
Zii Jia kejutkan Antonsen untuk ke separuh akhir Malaysia Masters
Zii Jia yang memburu kejuaraan pertama di negara sendiri akan berdepan Angus Ng Ka Long dari Hong Kong yang mengejutkan pilihan ketiga Li Shi Feng dari China 21-13, 21-15.
AWANI Borneo [24/05/2024] - SHMMP Kaamatan, Gawai | Hasil negeri 40 peratus | Banjir kilat
Laporan berita padat dan ringkas dari Borneo bersama Assim Hassan
#AWANIBorneo 24 Mei 2024
Lapan barangan diletak dalam senarai SHMMP Gawai, Kaamatan
Sabah terima keputusan SLS dibenar teruskan semakan kehakiman
Banjir kilat: 56 pelajar asrama SK Siang-Siang Lawas diarah pulang
#AWANInews
#AWANIBorneo 24 Mei 2024
Lapan barangan diletak dalam senarai SHMMP Gawai, Kaamatan
Sabah terima keputusan SLS dibenar teruskan semakan kehakiman
Banjir kilat: 56 pelajar asrama SK Siang-Siang Lawas diarah pulang
#AWANInews
RM50 juta dilulus selenggara pavemen, bukan pavemen Sarawak
Kerajaan persekutuan meluluskan peruntukan sebanyak RM50 juta kepada Sarawak bagi Kerja Penyelenggaraan Berkala Pavemen dan Berkala Bukan Pavemen di Jalan Persekutuan di seluruh negeri yang akan dikendalikan oleh kontraktor G1 hingga G4.
56 pelajar asrama SK Siang-Siang Lawas diarah pulang
Seramai 56 pelajar asrama Sekolah Kebangsaan (SK) Siang-Siang, Lawas diarahkan balik ke rumah masing-masing apabila sekolah mereka dilanda banjir kilat, awal pagi Jumaat.
Harungi cabaran kewartawanan, berita baik akan diumum PM buat pengamal media
Bandar raya Kuching kini menjadi tumpuan kira-kira 1,000 pengamal media tempatan dan antarabangsa yang mula berkumpul bagi sama-sama memeriahkan sambutan Hari Wartawan Nasional (HAWANA) 2024 bermula esok
Tidak pernah goda atau punya hubungan dengan Ebit Lew - Saksi
Saksi kesembilan kes gangguan seksual melibatkan Ebit Lew, memberitahu mahkamah dia tidak pernah menggoda atau mempunyai sebarang hubungan dengan pendakwah tersebut.
Kenyataan Tiong boleh undang perpecahan GPS - Abdul Karim
Naib Presiden PBB Datuk Seri abdul Karim Rahman Hamzah menyelar kenyataan Presiden PDP Datuk Seri Tiong King Sing yang mendakawa tiada lagi kerusi tradisi di Sarawak dalam politik era moden
Sabah terima keputusan SLS dibenar teruskan semakan kehakiman
Peguam Besar Negeri Sabah, Datuk Nor Asiah Mohd Yusof berkata, Kerajaan Negeri menarik balik semua hujahan yang dibuat di Mahkamah Rayuan mengenai isu "locus standi" SLS kerana isu ini tidak dibangkitkan atau dihujahkan di Mahkamah Tinggi oleh Kerajaan Sabah.
Bekalan beras mencukupi, bekalan terus dipantau
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan stok bekalan beras di Sabah dan Sarawak mencukupi menjelang Pesta Kaamatan dan Hari Gawai.
Anwar rai jasa Prof Izutsu, penterjemah al-Quran ke bahasa Jepun
Antara sumbangan Prof Toshihiko Izutsu yang luar biasa dan paling diingati ialah pencapaiannya menterjemah Al-Quran ke bahasa Jepun.
Tahniah Hijau, sudah tiga dekad usiamu!
Diam tak diam lagu Hijau nyanyian Datuk Zainal Abidin sudah berusia 30 tahun dan masih relevan sehingga ke hari ini.